Beranda > HADITS TENTANG JUAL BELI > HADITS TENTANG JUAL BELI

HADITS TENTANG JUAL BELI


HADITS-HADITS JUAL BELI

BAGIAN 1

Hadits berikut adalah hanya sebagian kecil yang menjadi pedoman berjual beli dan sebagai bukti bahwa sistem penjualan sudah ada dalam Islam sudah ada sejak 14 abad yang lalu, Jika Al quran dan hadits dapat diimplementasikan oleh seluruh ummat Islam, maka perekonomian akan bangkit dan kesejahteraan serta keadilan akan membumi tidak seperti sekarang ini.

817 حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَلَا يَخْطُبْ بَعْضُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ بَعْضٍ *

817 Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Nabi s.a.w pernah bersabda: Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain

818 حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يَبِيعَ حَاضِرٌ لِبَادٍ أَوْ يَتَنَاجَشُوا أَوْ يَخْطُبَ الرَّجُلُ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ أَوْ يَبِيعَ عَلَى بَيْعِ أَخِيهِ وَلَا تَسْأَلِ الْمَرْأَةُ طَلَاقَ أُخْتِهَا لِتَكْتَفِئَ مَا فِي إِنَائِهَا أَوْ مَا فِي صَحْفَتِهَا *

818 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w melarang orang bandar menjual kepada orang desa iaitu seperti orang badwi, mereka menjual secara menipu iaitu supaya nilai barang menjadi tinggi atau seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya, juga seseorang itu menjual atas jualan saudaranya. Jangan sekali-kali seorang perempuan berusaha melakukan sesuatu supaya saudara perempuannya diceraikan oleh suaminya supaya dia dapat menggantikan tempat saudaranya itu atau merosakkan kehidupan suami isteri

882 حَدِيثُ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُتَلَقَّى الرُّكْبَانِ وَأَنْ يَبِيعَ حَاضِرٌ لِبَادٍ *

882 Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w melarang orang tengah mengambil kesempatan dengan membeli barang dagangan untuk dijualkan kepada orang kampong

PERINTAH KERJA

Separuh uang ini kamu belikan makanan untuk keluargamu dirumah dan separuhnya lagi kamu belikan kampak dan bawalah kepadaku disini

Berangkatlah engkau sekarang mencari dan menebang kayu kemudian menjualnya

Perbuatan ini lebih baik bagimu daripada kamu hidup mengemis dan meminta-minta, yang nanti menjadi cacat muka mu pada hari kiamat

Seseorang yang membawa tali berangkat mencari dan mengerjakan kayu bakar ke bukit-bukit , lalu menjualnya, memakannya, dan menyedekahkanyalebih baik dari pada hidup meinta-minta kepada manusia lainna ( HR Bikari mUslim dan Nasai dan zubair bin awwam)

Seorang hamba yang membuka pint meminta-minta, Alloh akan membuka baginya pintu kafakiran

PERUSAHAAN/USAHA

Tidaklah ada makanan yang paling baik dimakan , kecuali yang dihasilkan oleh tanganmu sendiri , dan nabi Alloh Dawud memakan hasil usahanya sendiri

Hai kaum yang mampu , bantulah kaum melarat yang tidak mampu ( abu dzar al-ghifari )

Organisasi- kebenaran yang tidak terorganisir dgn baik dapat dikalahkan oleh kebatilan yang terorganisir

Tangan diatas lebih baik dari pada tangan di bawah

912 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Penangguhan membayar hutang oleh orang kaya adalah perbuatan zalim. Apabila salah seorang dari kamu diikut oleh orang kaya maka hendaklah mengikutinya

943 Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Orang Islam tidak boleh mewarisi harta orang kafir dan orang kafir tidak boleh mewarisi harta orang Islam

943 Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Orang Islam tidak boleh mewarisi harta orang kafir dan orang kafir tidak boleh mewarisi harta orang Islam

914 Diriwayatkan daripada Abi Mas’ud al-Ansari r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang (memanfaatkan) hasil penjualan anjing, hasil pelacuran dan mengupah tukang tilik

921 Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika pembukaan Kota Mekah, beliau mendengar Rasulullah s.a.w yang ketika itu berada di Mekah bersabda: Sesungguhnya Allah dan RasulNya telah mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan berhala. Kemudian baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana dangan lemak bangkai yang digunakan untuk mengecat perahu, untuk dilumur di kulit supaya berminyak dan untuk menyalakan lampu? Baginda menjawab: Tidak boleh. lanya tetap haram. Lalu baginda meneruskan kata-kata: Semoga Allah membinasakan orang-orang Yahudi. Sesungguhnya Allah s.w.t ketika mengharamkan lemak bangkai kepada mereka, mereka beralasan lalu menjualnya dan memakan hasil penjualan tersebut

924 Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Janganlah kamu menjual emas dengan emas (mata wang) kecuali sama jumlahnya serta janganlah melebihkan sebahagiannya. Kemudian janganlah kamu menjual perak dengan perak kecuali sama jumlahnya serta jangan melebihkan sebahagiannya dan janganlah menjualnya dengan cara sebahagian secara tunai dan sebahagian lagi ditangguhkan
935 Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan cara menangguhkan pembayarannya lalu Baginda menyerahkan baju besi sebagai gadaiannya

937 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sumpah itu penyebab larisnya barang dagangan, tetapi menghapuskan keberkatanya dalam keuntungan

938 Diriwayatkan daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang berkongsi dengan rakannya dalam memiliki tempat tinggal atau kebun kurma, dia tidak berhak menjualnya sebelum memberitahu rakan kongsinya terlebih dahulu. Jika rakannya itu ingin, maka dia akan membelinya sendiri dan sekiranya dia tidak suka, maka dia akan membiarkannya untuk dijual

875 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah melarang dua cara jual beli: Mulamasah iaitu pembeli hanya menyentuh barang jualan tanpa diteliti dan Munabazah iaitu pembeli melontar sesuatu kepada barang jualan tanpa diteliti

878 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah besabda: Janganlah seseorang muslim menawar barang yang sedang ditawar oleh orang lain

879 Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melarang dari menjual-beli cara najshi iaitu pura-pura membayar dengan harga yang lebih mahal supaya pembeli lain tertipu

897 Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang muzabanah. Muzabanah ialah menjual kurma basah dibayar dengan kurma kering secara timbangan dan menjual anggur segar dibayar dengan anggur kering secara timbangan

897 Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang muzabanah. Muzabanah ialah menjual kurma basah dibayar dengan kurma kering secara timbangan dan menjual anggur segar dibayar dengan anggur kering secara timbangan *

899 حَدِيثُ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ كِرَاءِ الْأَرْضِ *

899 Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang penyewaan tanah *

903 حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَلَ أَهْلَ خَيْبَرَ بِشَطْرِ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا مِنْ ثَمَرٍ أَوْ زَرْعٍ *

903 Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah memberi pekerjaan kepada penduduk Khaibar dengan upah separuh daripada hasil yang dikerjakan seperti buah-buahan atau tanaman *

HARAM DAN HALAL
682 Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a, isteri Nabi s.a.w katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Ada empat jenis binatang jahat yang boleh dibunuh di tanah halal ataupun di Tanah Haram, iaitu burung helang, burung gagak, tikus dan anjing liar

812 Diriwayatkan daripada Abdullah r.a katanya: Kami telah keluar berperang bersama Rasulullah s.a.w tanpa membawa isteri. Kami bertanya Rasulullah bolehkah kami mengembiri (kasi) kemaluan kami. Rasulullah segera menahan kami dari melakukannya. Baginda membenarkan kami mengahwini orang perempuan bermaskahwinkan sehelai baju untuk tempoh waktu yang tertentu, kemudian Abdullah membaca firman Allah: Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman jangan sekali-kali kamu mengharamkan benda baik yang telah Allah halalkan untuk kamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampau batas

Sumber Kumpulan Hadits Al Bayyan

  1. Belum ada komentar.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: